SAYA gemar gunakan latar tempat yang benar untuk beri kesan authentic. Latar tempat di sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) adalah pilihan untuk novel kedua saya kerana saya pernah bertugas di TTDI suatu waktu dahulu. Sekitar Jalan Datuk Sulaiman di mana terletaknya Wisma IBM (dijadikan Wisma Mercutanda), Bank Islam, Pusat Servis Atlantis, Klinik Famili dan Restoran Puteri adalah latar tempat-tempat yang menyeronokkan bila saya menulis novel ini. ;-)
KLIMAKS novel ini menggunakan latar tempat The Rainforest, New Wing, One Utama. Ilham tercetus sebaik sahaja pandangan saya merayap ke segenap kawasan ini. Meskipun ia terletak di dalam sebuah kompleks perniagaan moden, lanskapnya merangsang minda saya untuk merakam suasana ini ke dalam KE MANA HATIMU. :-)
Diharapkan imej-imej ini akan membantu anda membayangkan babak-babak novel saya ketika membacanya. Lebih seronok jika dapat berkunjung sendiri ke kawasan ini. :-D
Fragmen 33: AWAK KENAL SAYA KE? (lihat forum eymanhykal)
atau
Bab 28: Halaman 166-175 novel sebenar
memaparkan latar tempat ini.